" KEBAJIKAN DIDAHULUKAN, PRESTASI KUALITI DIUTAMAKAN "

Sunday, 13 May 2012

TERIMA KASIH ....cikgu

Sayangi guru-guru anda macam anda sayangi ayah mak..Hargai pengorbanan guru-guru anda dengan menghormati mereka.Tanpa mereka,kita tak akan mampu membina satu empayar dalam hidup ini.Ingat guru itu umpama LILIN yang akan menyinari hidup kita pada masa depan kelak.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama
Jika hari ini seorang Jurutera yang berjaya
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca


THANK YOU TEACHERS
Terima kasih.

No comments: