" KEBAJIKAN DIDAHULUKAN, PRESTASI KUALITI DIUTAMAKAN "

Thursday, 17 May 2012

WARNA-WARNI HARI GURU 2012 .... bhg 3

SUKAN HARI GURU 2012
Acara yang disertai oleh warga sekolah
Boling Kelapa ...... lorongnya di udara.



Terima kasih.

WARNA-WARNI HARI GURU 2012 .... bhg 2

Pendengaran amanat penguasa pelajaran
HARI GURU 2012





Terima kasih.

WARNA-WARNI HARI GURU 2012 ...bhg 1

Perarakan Warga Pendidik
SEMPENA HARI GURU 2012
Jaga hang !!!!!    2 + 2 = ___. 
Ayunan kaki melangkah menuju destinasi ...... 
Bos mengepalai perarakan Hari Guru ..... guna xtra langkah kaki
Sejambak BUNGA tanda ingatan dpd. murid untuk admin blog
TERIMA KASIH, cikgu !!!! Mendidik kami.
Terima kasih.

WAJAH HARI KEUSAHAWANAN 2012

Lakaran wajah HARI KEUSAHAWANAN 2012 
12 MEI 2012
MALAYSIA baguuuusssssss!!!!
Tanding saiz BUAH ?
Tanding lebar SENYUMAN ?
Lawan POTONG ?
Jom, kita lawan ApA yerkkkk ?
Terima kasih.

Tuesday, 15 May 2012

NOSTALGIA .... pendidikan kita

Di zaman inikah kita belajar ?
NOSTALGIA...tanpa mengira zaman, jasa guru dalam memberi pendidikan tidak pernah terbatas dan hilang.
Terima kasih.

PENGORBANAN GURU .... Setinggi mana penghargaannya

Terima kasih.

SEKOLAH AGAMA .... sejarahnya


Terima kasih.
HARI GURU , OH .... HARI GURU
Teristimewa untuk teman-teman seperjuangan dalam bidang pendidikan di mana jua anda berada..semoga sentiasa dlm Rahmat ALLAH SWT..

'Guru oh Guru'

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang


Terima kasih.

Sunday, 13 May 2012

TERIMA KASIH ....cikgu

Sayangi guru-guru anda macam anda sayangi ayah mak..Hargai pengorbanan guru-guru anda dengan menghormati mereka.Tanpa mereka,kita tak akan mampu membina satu empayar dalam hidup ini.Ingat guru itu umpama LILIN yang akan menyinari hidup kita pada masa depan kelak.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Profesor petah bersyarah
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Doktor pakar segala
Jika hari ini seorang Akauntan hebat kira-kira
Jika hari ini seorang Eksekutif syarikat ternama
Jika hari ini seorang Jurutera yang berjaya
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca


THANK YOU TEACHERS
Terima kasih.

SELAMAT HARI GURU

Ya Allah rahmatilah dan berkatilah kehidupannya, hapuskan semua kesusahannya, kerana usaha dan susah payah insan inilah ya allah, manusia menjadi celik dan mengenalMu..Ya Allah masukkan guru ini dan guru-guru kami yang sudah kembali kepadamu ke dalam syurgamu atas jasa mereka mendidik kami dan anak-anak kami.. Aminnn
Terima kasih.