" KEBAJIKAN DIDAHULUKAN, PRESTASI KUALITI DIUTAMAKAN "

Saturday, 31 December 2011

Friday, 30 December 2011

JOM !!! Kembali ke sekolah 2012

KEMBALI KE SEKOLAH
TERUSKAN PERJUANGAN
MENUJU KECEMERLANGAN
KEBANGGAAN SEKOLAH
KEHEBATAN TERSERLAH
WALAU DI MANA BERADA

Thursday, 29 December 2011

KSSR >>> Apa maksudnya

KSSR >>> Kurikulum Standard Sekolah Rendah sebagai pemangkin kecemerlangan anak didik pada masa hadapan.

IBU BAPA KE SEKOLAH >>> Menjelaskan bayaran persekolahan 2012

Pembayaran persekolahan 2012 sebagai memenuhi tuntutan anak-anak yang akan meneruskan pembelajaran sepanjang tahun 2012.

PEMBINAAN PRASEKOLAH 17

Pembinaan sehingga 29 Disember 2011, rasanya tidak dapat disiapkan seperti yang dijangkakan.

Tuesday, 6 December 2011

AMALAN PELAJAR CEMERLANG

1. Sentiasa menunaikan solat pada awal waktu.

2. Sentiasa membaca Al-quran sekurang-kurangnya satu jam sehari,paling malas satu muka sehari.(pelajar cemerlang tidak boleh malas ataupun segan).

3. Memulakan pagi anda dengan solat tahajjud,taubat dan berdoa serta membaca Al-quran walaupun sedikit (Qiamulail).

4. Membaca Al-Ma'thurat iaitu wirid serta zikir yang selalu diamalkan oleh Rasullullah s.a.w di waktu pagi dan petang.

5. Sarapan pagi dengan menu telur dan madu.

6. Jika ada masa terluang, rujuk nota ringkas dan lihat apa yang akan dipelajari hari ini.

7. Menumpukan perhatian semasa belajar. Belajar hanya niat untuk menuntut ilmu dan mencari redha Allah.

8. Menunaikan solat sunat Dhuha pada waktu rehat.Tidak makan pada waktu rehat (Sekiranya lapar alaskan perut anda dengan kuih atau air).

9. Tidur sedikit sebelum solat zohor dan makan tengah hari untuk mengelakkan mengantuk akibat Qiamullail.

10. Kalau tahan mengantuk lebih baik membaca atau melakukan tugas-tugas persatuan dan aktiviti-aktiviti lain.

11. Bersenam dan bermain selepas solat Asar atau melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh.

12. Solat Maghrib pada awal waktu dan makan sedikit serta membaca Al-Quran atau mendengar kuliah Maghrib.

13. Belajar selepas Isyak kira-kira 2 jam.

14. Muhasabah diri sebelum tidur dan ingat kembali tentang apa yang dilakukan dalam sehari.


Friday, 2 December 2011

PERIHAL PELAJAR GAGAL >>> Ciri-cirinya


1. Mempunyai sifat “malas” yang menjadi musuh utama kejayaan.

2. Tidak bermotivasi.

3. Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan.

4. Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.

5. Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.

6. Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.

7. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik.

8. Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.

9. Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah.

10. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.

11. Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah.
12. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.

13. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah.

14. Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan di bandar-bandar, terlibat dengan kegiatan tidak bermoral

15. Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam pendidikan.

16. Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.

17. Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar. Tidak boleh berdikari.

18. Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.

19. Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.

20. Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan ilmu.

21. Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk pelajaran. Pelajar seperti ini lebih sanggup menghabiskan wang mereka untuk membeli majalah-majalah hiburan atau komik kegemaran mereka.

22. Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.

23. Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran.

24. Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.

25. Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri.

26. Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.

DOA IBU UNTUK ANAKNYA >>> Tunaikan demi kejayaan anak-anak

Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah berpesan kepada kita betapa mustajab doa seorang ibu untuk anaknya. Dalam Sahih Muslim, baginya kisah seorang lelaki, Juraij, yang begitu kuat beribadah kepada Allah. Hari-harinya diisi dengan solat sunat. Beliau mempunyai tempat khas untuk solat - pondok kecil yang agak tinggi tempatnya.

Pada suatu hari, ibunya datang menziarahinya. Sambil mendongakkan kepalanya, si ibu memanggil anaknya: "Juraij, saya ibumu, cakaplah denganku!"
Juraij khusyuk beribadah dan berkata dalam hatinya: "Ya Allah, saya utamakan solatku atau ibuku?"
Juraij memilih meneruskan ibadahnya. Ibunya letih berteriak dan akhirnya meninggalkan tempat Juraij.
Esoknya ibunya datang dan memanggilnya lagi tetapi Juraij tidak mengendahkan dan terus beribadah.

Ibunya pulang ke rumah dengan rasa hampa dan marah dalam hatinya. Semasa itulah wanita itu berdoa: "Ya Allah, Juraij itu adalah anakkku, aku mahu bercakap dengannya tapi dia menolak bercakap denganku. Ya Allah, jangan engkau matikan dia kecuali Engkau tunjukkan padanya akan pelacur."

Ada gembala kambing yang sentiasa menggembala kambingnya di sekita pondok Juraij. Gembala kambing itu terserempak dengan 'bunga desa' yang cantik. Mereka berasmara sehingga wanita itu hamil dan akhirnya melahirkan anak. Namun gembala itu menghilang.

Semasa ditanya orang kampung, anak siapakah itu, wanita ini sekadar menuding ke arah pondok Juraij. Orang-orang kampung beramai-ramai mendatangi Juraij dan memanggilnya dengan marah. Juraij keluar kehairanan. Mereka menuduhnya berzina sehingga wanita itu melahirkan bayinya. Juraij bertanya: "Di mana bayi itu"

Maka mereka membawa bayi itu menghadapnya. Juraij berkata: "Tinggalkan aku untuk solat dan berdoa."

Sesudah itu, Juraij menepuk perut bayi dan bertanya: "Wahai bayi, siapakah bapamu?"

Dengan izin Allah, bayi itu menjawab: "Bapaku ialah gembala kambing di kampung ini."

Penduduk kampung terkejut dan malu kerana merobohkan pondok Juraij dek tertipu oleh wanita itu. Mereka berjanji akan membangunkan pondoknya dengan emas dan perak, namun Juraij menolak dan meminta pondok seperti asalnya.

Rasulullah menyatakan kisah Juraij menunjukkan betapa kuat doa seorang ibu, apatah lagi yang disakiti anaknya.

Banyak iktibar daripada kisah Juraij.
Kewajiban anak memenuhi panggilan ibu lebih utama dibandingkan menyempurkan ibadah sunat. Dengan hadith ini, dihukumkan menurut fiqah bahawa memenuhi panggilan ibu adalah wajib berbanding meneruskan solat sunat.
Doa ibu sangat mustajab - sama ada maksud baik atau tidak. Oleh itu, ibu perlu berhati-hati dan usah ikut perasaan.
Ibu harus sentiasa memantau dan mengambil tahu akan keadaan kehidupan anak-anaknya agar tidak terjadi salah faham antara kededuanya.
Ibu harus ssentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anaknya, terlebih lagi pada waktu solat dinihari.
Ibu harus sentiasa menjaga mulutnya dan usah mudah tersinggung - maafkanlah dan nasihatkan serta sentiasa berdoa untuk anaknya.
Sebagai pengasuh, ibu perlu dilengkapi ilmu demi memupuk anak yang soleh.

Seorang alim besar, Syeikh Sya`roni Ahmadi Al-Qudsy berkata: "Doa ibu adalah seperti jelmaan malaikat, bahkan ibu adalah seperti jelmaan malaikat yang nampak. Ertinya, hati-hatilah dengan doa ibumu kerana doanya begitu cepat dikabulkan oleh Allah subhanahu wa ta`ala."

Para ibu sekalian, berdoalah sentiasa akan kebaikan anak-anak anda di dunia dan akhirat.

SUMBER :-http://cahayamukmin.blogspot.com/2010/05/mustajab-doa-ibu-untuk-anaknya.html