" KEBAJIKAN DIDAHULUKAN, PRESTASI KUALITI DIUTAMAKAN "

Saturday, 31 December 2011

Friday, 30 December 2011

JOM !!! Kembali ke sekolah 2012

KEMBALI KE SEKOLAH
TERUSKAN PERJUANGAN
MENUJU KECEMERLANGAN
KEBANGGAAN SEKOLAH
KEHEBATAN TERSERLAH
WALAU DI MANA BERADA

Thursday, 29 December 2011

KSSR >>> Apa maksudnya

KSSR >>> Kurikulum Standard Sekolah Rendah sebagai pemangkin kecemerlangan anak didik pada masa hadapan.

IBU BAPA KE SEKOLAH >>> Menjelaskan bayaran persekolahan 2012

Pembayaran persekolahan 2012 sebagai memenuhi tuntutan anak-anak yang akan meneruskan pembelajaran sepanjang tahun 2012.

PEMBINAAN PRASEKOLAH 17

Pembinaan sehingga 29 Disember 2011, rasanya tidak dapat disiapkan seperti yang dijangkakan.

Tuesday, 6 December 2011

AMALAN PELAJAR CEMERLANG

1. Sentiasa menunaikan solat pada awal waktu.

2. Sentiasa membaca Al-quran sekurang-kurangnya satu jam sehari,paling malas satu muka sehari.(pelajar cemerlang tidak boleh malas ataupun segan).

3. Memulakan pagi anda dengan solat tahajjud,taubat dan berdoa serta membaca Al-quran walaupun sedikit (Qiamulail).

4. Membaca Al-Ma'thurat iaitu wirid serta zikir yang selalu diamalkan oleh Rasullullah s.a.w di waktu pagi dan petang.

5. Sarapan pagi dengan menu telur dan madu.

6. Jika ada masa terluang, rujuk nota ringkas dan lihat apa yang akan dipelajari hari ini.

7. Menumpukan perhatian semasa belajar. Belajar hanya niat untuk menuntut ilmu dan mencari redha Allah.

8. Menunaikan solat sunat Dhuha pada waktu rehat.Tidak makan pada waktu rehat (Sekiranya lapar alaskan perut anda dengan kuih atau air).

9. Tidur sedikit sebelum solat zohor dan makan tengah hari untuk mengelakkan mengantuk akibat Qiamullail.

10. Kalau tahan mengantuk lebih baik membaca atau melakukan tugas-tugas persatuan dan aktiviti-aktiviti lain.

11. Bersenam dan bermain selepas solat Asar atau melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh.

12. Solat Maghrib pada awal waktu dan makan sedikit serta membaca Al-Quran atau mendengar kuliah Maghrib.

13. Belajar selepas Isyak kira-kira 2 jam.

14. Muhasabah diri sebelum tidur dan ingat kembali tentang apa yang dilakukan dalam sehari.


Friday, 2 December 2011

PERIHAL PELAJAR GAGAL >>> Ciri-cirinya


1. Mempunyai sifat “malas” yang menjadi musuh utama kejayaan.

2. Tidak bermotivasi.

3. Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan.

4. Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.

5. Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.

6. Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.

7. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik.

8. Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.

9. Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah.

10. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.

11. Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah.
12. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.

13. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah.

14. Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan di bandar-bandar, terlibat dengan kegiatan tidak bermoral

15. Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam pendidikan.

16. Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.

17. Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar. Tidak boleh berdikari.

18. Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.

19. Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.

20. Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan ilmu.

21. Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk pelajaran. Pelajar seperti ini lebih sanggup menghabiskan wang mereka untuk membeli majalah-majalah hiburan atau komik kegemaran mereka.

22. Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.

23. Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran.

24. Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.

25. Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri.

26. Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.

DOA IBU UNTUK ANAKNYA >>> Tunaikan demi kejayaan anak-anak

Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam telah berpesan kepada kita betapa mustajab doa seorang ibu untuk anaknya. Dalam Sahih Muslim, baginya kisah seorang lelaki, Juraij, yang begitu kuat beribadah kepada Allah. Hari-harinya diisi dengan solat sunat. Beliau mempunyai tempat khas untuk solat - pondok kecil yang agak tinggi tempatnya.

Pada suatu hari, ibunya datang menziarahinya. Sambil mendongakkan kepalanya, si ibu memanggil anaknya: "Juraij, saya ibumu, cakaplah denganku!"
Juraij khusyuk beribadah dan berkata dalam hatinya: "Ya Allah, saya utamakan solatku atau ibuku?"
Juraij memilih meneruskan ibadahnya. Ibunya letih berteriak dan akhirnya meninggalkan tempat Juraij.
Esoknya ibunya datang dan memanggilnya lagi tetapi Juraij tidak mengendahkan dan terus beribadah.

Ibunya pulang ke rumah dengan rasa hampa dan marah dalam hatinya. Semasa itulah wanita itu berdoa: "Ya Allah, Juraij itu adalah anakkku, aku mahu bercakap dengannya tapi dia menolak bercakap denganku. Ya Allah, jangan engkau matikan dia kecuali Engkau tunjukkan padanya akan pelacur."

Ada gembala kambing yang sentiasa menggembala kambingnya di sekita pondok Juraij. Gembala kambing itu terserempak dengan 'bunga desa' yang cantik. Mereka berasmara sehingga wanita itu hamil dan akhirnya melahirkan anak. Namun gembala itu menghilang.

Semasa ditanya orang kampung, anak siapakah itu, wanita ini sekadar menuding ke arah pondok Juraij. Orang-orang kampung beramai-ramai mendatangi Juraij dan memanggilnya dengan marah. Juraij keluar kehairanan. Mereka menuduhnya berzina sehingga wanita itu melahirkan bayinya. Juraij bertanya: "Di mana bayi itu"

Maka mereka membawa bayi itu menghadapnya. Juraij berkata: "Tinggalkan aku untuk solat dan berdoa."

Sesudah itu, Juraij menepuk perut bayi dan bertanya: "Wahai bayi, siapakah bapamu?"

Dengan izin Allah, bayi itu menjawab: "Bapaku ialah gembala kambing di kampung ini."

Penduduk kampung terkejut dan malu kerana merobohkan pondok Juraij dek tertipu oleh wanita itu. Mereka berjanji akan membangunkan pondoknya dengan emas dan perak, namun Juraij menolak dan meminta pondok seperti asalnya.

Rasulullah menyatakan kisah Juraij menunjukkan betapa kuat doa seorang ibu, apatah lagi yang disakiti anaknya.

Banyak iktibar daripada kisah Juraij.
Kewajiban anak memenuhi panggilan ibu lebih utama dibandingkan menyempurkan ibadah sunat. Dengan hadith ini, dihukumkan menurut fiqah bahawa memenuhi panggilan ibu adalah wajib berbanding meneruskan solat sunat.
Doa ibu sangat mustajab - sama ada maksud baik atau tidak. Oleh itu, ibu perlu berhati-hati dan usah ikut perasaan.
Ibu harus sentiasa memantau dan mengambil tahu akan keadaan kehidupan anak-anaknya agar tidak terjadi salah faham antara kededuanya.
Ibu harus ssentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anaknya, terlebih lagi pada waktu solat dinihari.
Ibu harus sentiasa menjaga mulutnya dan usah mudah tersinggung - maafkanlah dan nasihatkan serta sentiasa berdoa untuk anaknya.
Sebagai pengasuh, ibu perlu dilengkapi ilmu demi memupuk anak yang soleh.

Seorang alim besar, Syeikh Sya`roni Ahmadi Al-Qudsy berkata: "Doa ibu adalah seperti jelmaan malaikat, bahkan ibu adalah seperti jelmaan malaikat yang nampak. Ertinya, hati-hatilah dengan doa ibumu kerana doanya begitu cepat dikabulkan oleh Allah subhanahu wa ta`ala."

Para ibu sekalian, berdoalah sentiasa akan kebaikan anak-anak anda di dunia dan akhirat.

SUMBER :-http://cahayamukmin.blogspot.com/2010/05/mustajab-doa-ibu-untuk-anaknya.html

Thursday, 24 November 2011

KEPALA LEMBU >>> Tugasan Sampingan

Mereka ber3 "melebur" kepala lembu.

WARNA-WARNI PPSMI >>> Selamat Tinggal

Mengajar mengikut kemampuan GURU yang mengajar.
Belajar mengikut kemampuan MURID yang belajar.
Akhirnya GURU boleh mengajar dan MURID dapat belajar.

PEMBINAAN PRASEKOLAH 16

24 November 2011, pembinaan masih lagi pada tahap perlahan kerana mengikut maklumat yang diberi oleh sub kontraktor kerja pembinaan tergendala kerana pihak kontraktor utama gagal membekalkan bahan keperluan pembinaan mengikut jadual.
Menjelang sesi persekolahan 2012, kemungkinan besar bangunan ini belum mampu disiapkan mengikut jadual. Sekolah terpaksa menyediakan bilik sementara untuk kelas pra sekolah.

Wednesday, 23 November 2011

PPSMI >>> Bahasa Melayu untuk Sains dan Matematik

KUALA LUMPUR : Kebanyakan sekolah rendah dan menengah kembali menggunakan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, hanya lima peratus daripada 7,495 jumlah bilik darjah sekolah rendah dan kurang sembilan peratus daripada 21,092 sekolah menengah yang masih menggunakan bahasa Inggeris bagi Sains dan Matematik. "Meskipun ada pihak yang mempersoalkan tempoh yang begitu panjang terhadap pendekatan 'soft landing' melalui dasar Memartabat Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), hakikatnya kebanyakan sekolah telah pun kembali menggunakan Bahasa Melayu.
"Sebelum melaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu bagi kedua-dua mata pelajaran itu, kita gunakan pendekatan 'soft landing' di mana tempoh bagi sekolah rendah sehingga 2016 manakala sekolah menengah sehingga 2021," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Sunday, 20 November 2011

PETUA <> Menduduki Peperiksaan

Langkah-langkah Bijak Menjelang Peperiksaan
Persediaan menjelang peperiksaan lebih merupakan persediaan minda. Kaedah pembelajaran bukan lagi menjadi persoalan utama. Pelajar yang telah lama bersedia adalah pelajar yang beruntung manakala pelajar yang lalai hingga ke saat akhir adalah pelajar yang merugi.
Persediaan mental menjelang peperiksaan juga amat penting kerana turut mempengaruhi prestasi semasa peperiksaan. Persediaan mental ini tetapmerupakan perjuangan para pelajar ke arah mengejar kejayaan cemerlang.

Pelbagai petua dan panduan perlu dipatuhi oleh pelajar untuk mencapai ke arah kejayaan ini.
1.Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.

2.Membuat ulang-kaji bagi topik-topik yang difikirkan penting.

3.Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari peperiksaan.

4.Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada demam atau kemalangan. Badan yang tidak sihat akan menyebabkan otak kurang cekap.

5.Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. Hindari makanan yang boleh melemahkan tenaga dan melembapkan minda.

6.Bangun tidur awal pada setiap pagi.

7.Bagi pelajar Islam, perbanyakan sembahyang hajat. 8.Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.

9.Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.

10.Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai. Udara yang bersih dan badan yang cergas akan menenangkan minda dan melapangkan fikiran.

11.Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada rakan, keluarga atau lebih-lebih lagi guru. Jangan bergaduh dengan rakan-rakan, atau bermusuhan dengan guru. Jangan menderhaka dengan ibu bapa dan jangan kurang ajar dengan guru.

12.Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.

13.Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.

14.Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

15.Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.

16.Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Ini membolehkan pelajar-pelajar sempat bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan ketegangan.

17.Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan sebelum menjelang hari peperiksaan.

18.Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.

19.Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih selamat dan cepat. Jangan datang lewat. Ini hanya akan meresahkan pelajar dan menggugat kelancangan pemikiran pelajar.

20.Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas peperiksaan.

21.Meminta ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat menghantar pelajar ke tempat peperiksaan. Sokongan moral sebegini amatlah penting.

22.Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.

23.Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.

24.Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.

25.Meminta sesuatu keperluan peperiksaan daripada pengawas yang bertugas.

26.Jangan bercinta dengan kekasih atau buah hati menjelang peperiksaan. Ini akan melencungkan tenaga pemikiran dan tumpuan pelajar daripada matlamat asal iaitu untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam peperiksaan. Lebih malang lagi sekiranya pelajar 'putus cinta' menjelang peperiksaan!

27.Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah.

28.Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk satu-satu soalan yang sukar dijawab.

29.Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.

30.Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh kejayaan selepas bekerja keras. Segala usaha akan diberkati oleh Allah. Segala yang baik pasti ada balasan kebaikan. Insyaallah.

TIPS MENJAWAB UPSR <> Sains

Teknik Menjawab Soalan Sains UPSR 
1. Baca soalan dengan teliti sebanyak 2 kali
2. Analisa Jadual / Gambarajah / Graf
    2.1 Kaji fakta di dalam jadual
    2.2 Rangsangan pada gambarajah
    2.3 Tafsir graf (banding beza)
3. Elakkan jawapan dengan ayat yang panjang atau kenyataan umum.
4. Gunakan maklumat / rangsangan yang diberikan dalam soalan.
5. Gunakan laras bahasa yang sesuai, tepat, dan ringkas.
6. Gunakan bahasa / istilah saintifik.
7. Jawapan mesti menepati konsep sains.
8. Anggaplah pemeriksa tidak tahu tentang sains.
9. Ingat, terdapat jawapan di dalam soalan.
10. Jangan banyak membuang masa pada soalan yang susah.
11. Sikap mesti positif, sentiasa semak soalan / jawapan.
12. Agihan masa Bahagian A (45 minit) dan Bahagian B (30 minit)
13. Banyakkan latihan menjawab soalan mengikut masa sebenar.

Friday, 18 November 2011

INIKAH ANAK KITA? >>> Cuba Perhatikan ...

Anak anda malas belajar?
Anak anda degil?
Anak anda tidak menunaikan ibadah?
Anak anda rajin berusaha tetapi belum cemerlang?
Anak anda tidak menguruskan masa?
Anak anda lemah dalam pelajarannya?
Anak anda langsung tidak mengulangkaji?
Anak anda terlibat dengan masalah sosial?
Anak anda tiada keyakinan diri?
Anak anda kurang tumpuan dalam kelas?
Anak anda...
Anak anda...anak anda....Cukup!!

RASA PERCAYA DIRI <> Memotivasikan Diri Anda ke Arah KEJAYAAN


1. Hindari Mencari-cari Alasan

2. Gunakan Daya Imajinasi

3. Jangan Takut Gagal

4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri

5. Susunlah Catatan Mengenai Kejayaan Yang Diperoleh

MOTIVASI <> Cabar Diri --> MAJU & BERJAYA



1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda

Thursday, 17 November 2011

PANORAMA SLIP KEPUTUSAN UPSR <> Matematiknya 'A'

Siti HAWA berjaya menggapai 'A' dalam subjek Matematik
FARIzwaN juga berjaya menggapai 'A'
dalam subjek Matematik.

PANORAMA SLIP KEPUTUSAN UPSR <> Berjaya Menggapai 5'A'

HannY dapat 5'A'
Alliah AZIzah gapai 5 'A'
HARiz berjaya 5 'A'
TAHNIAH UNTUK mereka bertiga yang berjaya memperolehi 5'A'